SELAMAT DATANG

Selamat melayari blog Pusat Akses Sekolah SMK Dulang...semoga anda memperolehi maklumat yang berguna berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah.

Pengurusan dan Pentadbiran

Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat
Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah:
4.1.1 Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Sekolah.
4.1.2 Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah.
4.1.3 Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan.
4.1.4 Membuat perancangan peruntukan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan
         Pelajaran Negeri (JPN) bagi dimasukkan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM):                                    * Kos bahan habis guna
         * Kos penyenggaraan peralatan
         * Kos bekalan elektrik
         * Kos penggantian alat
4.1.5 Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Pusat Akses Sekolah
dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.