SELAMAT DATANG

Selamat melayari blog Pusat Akses Sekolah SMK Dulang...semoga anda memperolehi maklumat yang berguna berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah.

Tuesday 17 May 2011

Pengubahsuaian dan Pendawaian semula bilik Akses Sekolah.

Pusat Akses Sekolah kini dalam pengubahsuaian dan penyusunan semula peralatan.

Pengenalan

Sudut Tengah Bilik Akses Sekolah
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran.  Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self Learning).  Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.


Bilik Akses Sekolah



Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.  Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.



Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh
menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

Sudut maklumat